Sunday, 3 June 2012



As Salam~
Cuti akhir semester telah pun bermula dan Aya-chan sangat gembira dapat bersama keluarga tercinta!
 
Yeaaayyy… hari ni Aya-chan dan keluarga berkelah di tepi pantai… Setelah sekian lama merancang tempat percutian, sekali lagi Aya-chan memilih untuk bercuti di negeri sendiri.
Bukan apa, Aya-chan fikir kalau pergi bercuti jauh-jauh pun nanti Aya-chan sendiri yang letih nak kena memandu. Jadi Aya-chan rasa tak salah bercuti dalam negeri sendiri memandangkan mudah, cepat dan jimat! Hehe..






Aya-chan bangun pagi dan terus sediakan sandwich untuk santapan kami. Emak Aya-chan pula masak bihun goreng. Kami bertolak setelah bersiap dan Aya-chan tak lupa bawa baju lebih.
Sampai kat sana, Aya-chan makan dulu kemudian barulah memulakan sesi ‘menyerang’ pantai. Amir Muhammad pada mulanya takut dibawa ke air sebab ombak yang agak kuat tapi lama-lama dia pula seronok sebab dapat mengocak air dengan tangan dia yang comel tu. 


Kemudian, Aya-chan beli air ‘Coconut Shake’ original Pantai Klebang yang sangat popular kat situ. Rasanya menyegarkan dan Aya-chan minum sampai habis sebab terlalu sedap.. hehehe~

Apa-apa pun, permulaan cuti Aya-chan sangat seronok dan Aya-chan harap cuti selama sebulan ni akan ada lebih banyak perkara yang menyeronokkan~ harap semua orang pun begitu.
Selamat bercuti! ^_^


Wednesday, 30 May 2012

Buatku rasa kosong.. kosong.. kosong...



OK. OK. OK.
Kesabaran dan ketabahan hati ini hampir ke kemuncaknya.

Keputusan peperiksaan akhir dah keluar…. tapi… nak balik rumah lagi 3 hari. @_@

Aya-chan dah bermastautin dalam bilik ni dekat seminggu lebih…
Dah nak naik muntah asyik melakukan rutin tidur - main permainan pc – bersesawang dengan laman web sesawang – tidur - main permainan pc – bersesawang dengan laman web sesawang ehhh berapa kali ulang daa. *mabuk tengok skrin laptop*

Makan tak termasuk dalam senarai rutin kegemaran lagi dah, semenjak perasaan nak kurus sebelum raya tahun ni membuak-buak rasanya. Baju raya tahun lepas berlambak tak pakai lagi, tambah dengan yang baru buat tahun ni sebab kakak Aya-chan asyik belikan kain ela untuk adik kesayangan dia ni.. tambahan pulak almari Aya-chan dekat rumah tu dah patah tempat penyangkutnya sebab terlalu banyak baju yang Aya-chan sangkut membuatkan bebannya bertambah lalu kayu tu patah dan terburailah semua baju Aya-chan yang baru dan lama. 

Huuuh… bukan tak nak pakai tapi Aya-chan ni bukan jenis suka melawa sangat pun. Kalau pakai lawa pun baju kita yang dipuji bukan tuan empunya badan kena puji.

“Hai Yaya.. laaaawaaa baju.”

“Yaya.. comel tudung..”

“Yaya, awak nampak sangat cantik hari ni sebab baju awak buat awak nampak kurus..”

Terima kasihlah baju, sebab engkaulah aku nampak hebat. *sinis*

Apa-apa jelah Aya-chan ooii...
Haaiiiissshhhhhhhhhhh....

Tak sabar nak balik ni…  
Mak… oh mak.. anak bongsu mak dah rindu setengah mati dekat mak ni haa… siap berdangdut menyanyi “jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama… aku balik lari karang….” Tu dia baru betul perosak lagu profesional.

Hmm… nasiblah Aya-chan masih budak skema lagi… kalau tak skema memang dah ‘poslaju’ kan diri sendiri ke rumah.. hahaha.. cakap macam bajet muat je dalam kotak poslaju tu. Sekali timbang berapa ratuslah kena bayar agaknya. Huhu.. >.<

Memandangkan otak dah mula tak berapa nak OK sebab tak dapat nak balik cepat, jadi Aya-chan pun mulalah dapat idea buat soalan yang terbaik setakat ni:-

Cik X dimasukkan ke wad dalam keadaan stupor. Setelah melakukan pemeriksaan ke atasnya, anda mendapati beliau mengalami masalah berikut:-

1)Potensi gangguan fungsi mental berkaitan dengan tidak dapat pulang ke rumah lebih awal.

2)Gangguan emosi berkaitan dengan kekurangan kasih sayang keluarga.

Berikan 6 (enam) intervensi yang anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini.

-Selamat menjawab dan semoga berjaya-

Yeah and that’s what I call awesome~

+++ tak ada kaitan dengan yang hidup ataupun tak hidup. Sekian, terima kasih. +++

Sunday, 20 May 2012

Mencari Diriku Yang Dahulu (tak ada kena mengena pun..)

As Salam dan selamat sejahtera pembuka bicara.. wocheh.. macam nak tulis surat pulak… hhmmm… dah lama betul Aya-chan tak mengemaskini blog ni samalah seperti Aya-chan dah lama deactivate fb… adalah dalam nak dekat 2 bulan… kenapa?
Haah la kenapa ek?
Salah satu sebabnya masa tu tengah praktikal.. sibuk sikit. Dahlah tu tiba-tiba charger laptop meletup pulak… hadoyaaiii pun boleh dia nak meletup masa orang tengah stres ni.. baru ingat nak buat terapi alihan…
Eh, korang tau ke terapi alihan tu apa benda? Haha tak tahu buat-buat tahu jelah ye? Google lah sendiri perkataan ‘divertional therapy’. Haah kelas gitu. Kurang-kurang dapat jugak sikit ilmu kejururawatan ni.. hehehe~

Sebenarnya Aya-chan stres sikit sebab bila online fb je mulalah Aya-chan rasa cemburu. Kawan-kawan yang berstatus bujang dah tukar bertunang. Ada yang nak kahwin (siap buat RVSP lagi) dan lagi seronok pulak bila orang post gambar anak.. Aya-chan teramatlaaaaah cemburu… wuu~

Memanglah umur masih muda tapi sifat keibuan tu dah mula datang.. Yelah, mahu taknya melayan karenah si Amir Muhammad dekat rumah tu buat Aya-chan rasa geram dan penat tapi sangat gembira. Bila peluk Amir tu, dalam hati ni rasa BAHAGIA. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata~





Oh ya, dikesempatan ini juga Aya-chan nak ucap tahniah kepada Berry, bakal pengantin baru kita… (ooiitt dah tetap tarikh kahwin bagitau aku tau!). mentang-mentanglah tengah bahagia lupa kat Aya-chan ye?… hehe gurau jelah. Aya-chan pun sibuk juga sebenarnya. 


Lepas dah habis exam final hari tu, adalah aktiviti paksarela mengemas kolej yang bersih lagi indah ni. Aya-chan tolong jugak sikit. Tapi selebihnya tolong tengok je la… heheh.
Lepas tu pulak kelab agama ada anjurkan kursus kahwin. Aya-chan bukanlah taksub sangat nak kahwin sekarang ni tapi mak Aya-chan nasihatkan Aya-chan supaya ikut je. Nanti dah mula kerja susah nak dapat cuti. Jadi Aya-chan pun ikut jelah. Dah dapat sijil dah pun. Valid untuk seumur hidup tapi SEKALI kahwin je. Kalau nak berkali-kali kena ikut kursus lagilah nampaknya. Haha tak naklah berkali-kali. Sekali cukuplah. Insya-Allah.




Tentang fb tu, Aya-chan tak tahulah nak buat macamana. Sayang jugak nak buang sebab ramai kenalan lama. Kawan baik Aya-chan merata-rata. Ada yang sambung belajar dekat Ireland, UK, Korea, India, Australia.. ish banyaklah. Aya-chan je tertinggal kat Malaysia lagi, entah bila nak ke Jepun pun Aya-chan tak tahu. Teringin nak melancong ke sana tapi nak tunaikan haji dan umrah dulu!
Tapi kan, motif utama Aya-chan deactivate fb tu sebenarnya sebab Aya-chan rasa rendah diri sangat dengan kawan-kawan yang sambung belajar tinggi-tinggi tu. Ada jugak yang dah kerja tetap, kahwin dengan orang elok-elok. Yelah siapalah Aya-chan ni.. bakal jururawat diploma je. Dahlah tak cantik, tak ramping pula tu.. haaisshh… emo pulak daahhh…
OK, OK… Aya-chan OK je sebenarnya. Saja nak mengarut.. lalalalala~~~


Oh ya.. kata-kata hikmah Aya-chan jumpa masa tengah belayar di internet untuk dua-tiga hari ni…



Babai!

Wednesday, 15 February 2012

Selamat Hari Lahir, Amir sayang...


“Selamat Hari Jadi..
Selamat Hari Jadi..
Selamat Hari Jadi Amir Muhammad..
Selamat Hari Jadi…”

Amir Muhammad, buah hati Aya-chan kini berusia setahun..
Alhamdulillah… sihat walafiat selalu hendakNya..
Amir lahir pada 15 Februari 2011 bersamaan 12 Rabiulawal 1432H..
Memandangkan hari ni ada kelas, jadi tak dapat balik sambut hari jadi dia…
Tapi 12 Rabiulawal 1433H hari tu, (5/2/2012) dah sambut dah… siap buat kek coklat lagi.. heheh..




 

Kek tu bentat sikit sebab pertama kali buat kan… tapi ok je rasanya. Manis, biasalah…




Agak sedihla hari ni tak dapat dengar suara dia.. Biasa kalau telefon mak, dengar suara dia mencelah… hehe lorat, Aya-chan sibuk nak cakap dia pun sibuk nak masuk sekali…
Tiba-tiba rasa rindu. T_T
Amir, mumy sayang Amir tau.
Selamat Menyambut Ulangtahun yang pertama, sayang.
<3

Saturday, 11 February 2012

Cuba cerita sikit...

Salam..
Hello apa khabar semua?
Sihat tak?
Harap semua sihatlah hendakNya..
Tadi Aya-chan ada buat video tapi MALANGNYA tak dapat edit sebab tak ada video converter
Ingatkan malas lah nak tulis panjang lebar kat sini tapi nampaknya terpaksalah juga tangan ni menaip…
Hmm…
Nak tanya sikit lah..
Apa yang korang semua akan buat, bila terserempak dengan kawan semasa bukan dalam kawasan sekolah atau kolej?
Jeng jeng jeng..
Aya-chan sebenarnya ada sedikit kemusykilan bila cara Aya-chan terserempak dengan kawan di luar diPERTIKAIkan...
Macam mana tu?
Ok, biar Aya-chan jelaskan.
Respon yang selalunya Aya-chan buat bila terserempak dengan kawan.


1) Seronok sangat! ^_^



Ok, yang ni apabila bertemu dengan kawan lama yang rapat atau ‘kamceng’.
Serius, kadangkala macam ‘terlebih sudah’. Menjerit, berlari dan peluk... (ala-ala cerita hindustan gitu..) Memang dah tak kisah orang keliling dah.. sampaikan pernah sekali kena tegur, “Kau orang ni les ke?” Haha, jawapan Aya-chan mudah je.. “Taklah. Aku biseks, kenapa?” hahaha.. gurau OK? Sebab kawan-kawan yang rapat dengan Aya-chan ni biasanya yang memang kenal Aya-chan dari dalam ke luar, luar ke dalam.. Sikap, minat, personaliti Aya-chan semuanya dalam tangan mereka. Setakat ni, adalah dalam 9-10 orang. Tak ramai pun. Tapi itulah kawan suka duka. Kawan yang memang setiakawan. Walau bertahun tak jumpa pun masih ada lagi keserasian kami. Memang seronok bila dapat jumpa balik.

2) Biasa / Buat tak tahu  =.=



Yang ini memang selalu. Sebab yang paling utama ialah; Aya-chan tak nampak. Nee..Aya-chan bukan beralasan, ok? Tapi memang dah tak nampak nak buat macam mana? Untuk pengetahuan mereka yang bengang dengan Aya-chan, mata Aya-chan silaunya sangatlah tinggi dan kuasa sebelah mata Aya-chan lebih kuat daripada yang sebelah lagi.
Ini kerana insiden masa Aya-chan di tingkatan satu, Aya-chan dicederakan oleh cikgu disiplin Aya-chan dengan kad matrik yang dilempar ke muka. Tak tipu. Berani cakap sebab ini benda betul. Cikgu disiplin yang bengis tu rentap kad matrik dan lempar terus ke mata kiri. Kabur. Tenyeh punya tenyeh, bertambah kabur. Bila jumpa doktor, doktor kata memang ada calar tapi nasib baik tak kena anak mata. Nasib baiklah belum tahu pasal saman-menyaman ni kalau tak memang dah saman setengah juta. Huh! (Ok, berhenti. Titik.)
Juga, kalau memang dah terang-terangan Aya-chan buat tak tahu tu mungkin sebab mereka tu jalan dalam puak. Opsss. Kumpulan. Mana-mana jelah. Apa yang Aya-chan cuba sampaikan kat sini ialah, mereka berjalan dalam puak @ kumpulan yang menyukarkan Aya-chan nak menegur. Katakanlah dalam puak tu ada 5 orang. Takkan nak tegur seorang je? Atau dua? Masalahnya, nanti baki ahli yang tak ditegur tu tersentap pulak. Ahh sudahh... (Adakalanya baki ahli yang tak ditegur tu Aya-chan tak berapa suka!) Teeet..!
Dan, dan.. dan... Aya-chan memang tak kuasa nak tegur. Yang ini sama ada Aya-chan tak ada mood atau tak berapa nak rapat sangat. Tamat.


3) Menyampah / Jeling  <.<



Inilah yang dikatakan dah terang lagi bersuluh. Benci. Urgh. Sambil jeling sambil ketap gigi; “Ni kalau aku dapat sagat kepala dia ni memang sedapp...”
Haha. Garangnya. Setakat ni, ada 2-3 mangkuk hayun je yang memang tak boleh nak ‘ngam’ ni. Bukan tak cuba nak pulihkan keadaan, tapi bila Aya-chan je yang mengalah dengan dia, waaahhh naik lemak nampak? Macamlah Aya-chan yang terhegeh-hegeh nak kawan dengan dia. Elehh.. tak rugilah tak ada kawan macam kau. Buat semak hidup je.


~~~ Lalalalalalalala  


Cukuplah sampai sini. Kesimpulannya Aya-chan memang dah malas nak dengar orang cakap pasal Aya-chan lagi dah. Lantaklah haaiiihh... tak kuasa.
Bak kata budak-budak sekarang.. “Ada aku kisah?!”


~~~~Lalalala


Selamat malam!




Thursday, 26 January 2012

Selamat Tahun Baru Cina!



Salam…
Selamat tahun baru cina ye..
Gong Xi Fa Cai… huhu cuti 5 hari tu..
Seronok sangat…
Antara agenda Aya-chan sepanjang cuti 5 hari tu kan..
Mamam sosej dan Tako Tao.. (wajib!)




sosej masak sendiri...
Tako Tao sotong.. nyam nyam..

pergi kenduri kahwin rumah kawan mak Aya-chan..




rumah kawan mak..


keluar jalan-jalan dengan Berry...


Berry yang cun dan Aya-chan yang kawaii~


 peluk Amir Muhammad.. (rindu!)


Amir dan mumy <3


 kenduri kahwin adik bongsu ayah...


sayangnya nak mamam kek ni..


celup kaki kat kolam air panas (onsen) Jasin...


mak Aya-chan cantik.. Aya-chan sangat sayang! <3


layankan Amir~




dan.. membeli belah di JJ.. (sumpah sangat seronok!!!)


Amir Muhammad.. 'the apple of my eye'


nak bawa balik boleh tak?


pandangan dari tingkat 2..


cantik kan kan kan???


dan yang terakhir..


Happy Chinese New Year!




Kesimpulannya memang seronoklah cuti kali ni.. gempak habis~
Harap dapat lagilah cuti macam ni.. hehehe ^_^
Selamat malam!




Wednesday, 18 January 2012

saya memang lorat!

hello hello.. Assalamu'alaikum..
*tumpang lalu, Aya-chan baru di sini ye.. jangan garang-garang tau..*

niat dalam hati.. sejak tahun 2007 lagi memang nak buat blog nih..
ala-ala novelis Damya Hanna gitu...
minat gak menulis novel ni tapi kadang-kala ketandusan idea..
hmm.. tapi bila tengok bff Aya-chan, si Berry nih buat blog cam best je.. nak ikut gak!
hehehe jangan marah ye Berry.. iLapU so much~

wa laa.. memang best la menceceh kat blog ni.. sesuai sangat untuk minah becok cam Aya-chan ni..
ok laa.. sebelum merapu yang bukan-bukan kan, apa kata Aya-chan berhenti dulu sebab ada assignment nak hantar sebelum tujuh setengah pagi esok ye... 
Selamat Malam Sayang~





bajet genius la bila pakai spec kan..

Ni masa kecil selalu tak puas main buaian kan. dah besar apalagi.. redah je laa..